Daisypath Anniversary tickers

Thursday, November 4, 2010



                              I dont have any words to describes how much I ♥ You .

Saturday, October 16, 2010

Kekasih,
Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu.

Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.

Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelahaku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.

Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.

Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.

Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan maggi tomyam segera. Aku bukan McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Mirana seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.

Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan mektamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Hmm nak tak?

Friday, October 15, 2010

“who said english is easy?”


Okay, if its really easy for you, please fill this blank either with “YES” or “NO”
“______, i am a pig.”
1 Detik
2 Minit
3 Jam
4 Hari
5 minggu
6 Bulan
7 Tahun


selama apa pun engkau menunggu aku, aku tak kan berubah .
sebab aku bukanlah POWER RANGERS tapi aku cuma REN

Tuesday, October 12, 2010

Dari sebuah kata seorang pujangga, "cinta datang dari mata turun ke hati". Tapi saya bukanlah seorang pujangga, saya hanya insan biasa, yg tak ada apa apa. dengan hanya bermodalkan sebuah kejujuran dan sekeping hati yg benar2 ikhlas saya mengungkapkannya kepada awak, saya telah berhabis-habisan berjuang untuk yang telah saya dapatkan iaitu awak. tapi pernah awak sedar betapa syg nya saya dekat awak? Bila saya dah nak pergi, baru awak hargai saya, awak pujuk rayu saya. tapi time tu saya dah tak terkata, mulut saya dah ta mampu nak cakap apa apa . "jangan hanya berdiam untuk melihat suatu yang indah"  Ye macam awak, awak mmg cukup indah buad saya tapi adakah saya terlalu manis bila berkata2 ? hmm mungkin mudah untuk berkata, tapi sulit untuk bertindak, apalah saya ini. bagi saya memperoleh cinta itu tidak lah sulit daripada mempertahankannya, seperti mendapatkan sebuah kekuatan yang juga melemahkan. Tapi saya bingung, banyak yang berpendapat "cinta itu hanyalah seungkap kata " cukup setakat di ungkap di bibir sahaja. Apakah mereka berbicara dari dalam hati?, Maaf, mereka dgn saya tidak sama. Segala yg saya ungkapkan apda awak semuanya benar. Namun sesungguhnya cinta itu sangatlah kejam dan munafik, penuh kebohongan bila kita tak bisa menempatkannnya dan tak menghargainya. :) Perpisahan dan airmata, yea itu lah sebenarnya cinta. Kebahagiaan pula hanya lah sementara :) Dan bila dah berpisah jgn lah saling membenci, sebaliknya berterima kasih lah utk kebahagiaan tersebut walalupun hanya sementara.Sebab tanpa kita sedar orang tu dah jadikan kita lebih tabah utk hadapi dugaan sebab hidup ni panjang lagi kan? Byk lagi rintangan. So rilex jaa :) Kadang2 bila dah berpisah tu sebab takdir, Allah menguji kita. Ye mungkin kita dah terlalu lalai bercinta sampai terlupa pada dia yg satu. Lupa pada dosa. So bila dah jadi macm ni mesti kita baru teringat kat Allah. Mmg adab manusia, dah susah baru ingat tuhan kan? Hmm percayalah, Allah tak kan sia sia kan hambanya , semua yg jadi ada hikmah. Just think positive :) Dan hargailah orang sementara dia masih lagi ikhlas dgn utk menemani kita :)

Sunday, October 10, 2010


Semalam hari yang membosankan, yeah ! macam macam orang aku kacau. Macam Rossa cakap 
" Godai aku " haha  ayat aku kurang berkesan. Memang jiwang melayu tak boleh pakai. tapi ta puas hati lagi, kenapa tak puas hati? Sebab tak belanja McD :( Seawal subuh aku da kacau orang, bosan. Mengantuk tapi taknak tidur, aku suruh dibi bangun, g park, main rollerblade , tapi dea takmahu, dea pun dah tak sayang aku :( Dia suruh aku pergi sekolah, tapi sekolah tu apa? Apa yang aku musyil sampai hari ni ialah Por que eu jogo noob em dota? betul ke? macam tak percaya jaa . Hmm apa apa pun, selamat bersekolah ye korang, korang sekolah aku cuti, korang cuti aku pun cuti :D Cepat lah next year wehh! Tak tahan da aku nak masuk class and tgok pagar sekolah tu hari hari, tahun da makin maju, tapi aku bila nak tinggi? Tak suka perhimpunan :( Kena beratur depan sekali. Rase terhina :( Tak sanggup. Aku rela ponteng tiap Isnin, lagipun aku mmg pengamal Konsep Bukan Bintang :) So kesah apa kan kan? Guru kelas aku pun sampai nak habis tahun ni pun tak ingat ingat lagi nama aku, haha sama la macam saya cikgu. Saya pun lupa nama cikgu, jalan nak g sekolah pun saya hampir lupa, nasib baik ada bonda dan honam tersayang yang tunjuk saya jalan dan hala tuju yg penuh matlamat agar maju jaya serta gemilang cemerlang dan terbilang agar saya tidak memanipulasikan sesuatu posisi yg mampu mentoleransikan sesuatu seperti KFC. Haa lupa, kawan aku cakap, kalo nak dota g main LAN Game dekat Cc coklat, Cc Mickey noob . Mak aku suruh bangun pagi, tunggu Bio-Asli sampai

Yang berkhidmat untuk negara , saya la :) Bye nak tonton dota
 


Yes semalam kami keluar beramai ramai, bersama sama mengambil angin Kuala Lumpur. Tiba sahaja kami di Pavilion terus kami menikmati hidangan nasi ayam bersama sama. Oleh demikian, terlalu banyak manusia la yang aku lihat di sana, Lalu aku mengambil kesempatan untuk menguji tiap lelaki yg menghampiri, Di sini terdapat kekeliruan ssedikit sbb aku tak tahu sape yg lemah iman. Aku ke dorang? HAHA

Tapi yg penting, aku dapat membuktikan, siapa yg aku ada sekarang adalah yg terbaik dan semua lelaki tak sama. Macam macam ada, Ye, tak senang jaga aku. mengada ngada lebih :) So kat situ boleh nampak sape yg mampu layan aku. Yg terbaik tentu lah Dia. Hehe tak semua boleh suapkan aku bila makan, adjust rambut aku, pimpin aku lintas jalan, beli kan aku slurpee. Hee so walalupun aku keluar smlm, ramai org ada, bila Dia tak ada tetap tak lengkap. Aku rindu, Penad da cakap ImissYou, aku tahu kau tak dgr :( Hehh untuk mengakhiri perhimpunan semalam, Amal telah membacakan doa qunut di perkarangan pavilion sebagai penutup majlis. Terima kasih kpd semua yg sudi bekerjasama. Salam

P/S : Kenapa Xulala hitam? Sbb banyak main api :)

Thursday, October 7, 2010



                                                              In memories
                                             ♥ ADI PUTERA BIN MOHD NOOR ♥
                                                            280290 - 280710

Yea arwah, tipu la aku ta rindu kau :( Ye rindu doe. Aku ingt lagi photo atas ni. Snap kat KLCC kan? Raff yg snap. Aku dok tepi jaa gelak gelak kan kau, yela, ape gila kodd da nak malam hang sebok lagi dok berkaca mata hitam? Heh malam tu aku bahan kau gila babi la, kau bawak satu awek time tu. Aku bahan macam macam, " Ady, ko da ada awek senyap senyap jaa kan? Camni kau? Takpe" Kau kejar aku, aku lari la, Haha kat KLCC time tu. Org pun tgok pelik, tapi kau lagi pelik, da mlm pakai spec buad ape? Haha malam tu kita lepak CC . Cam biase la. Ko bukak Ym, Honam sebok dota and aku teman kau. Kau tgah Ym ngn Raff pasal edit pic ni, serious kau punya la semangat :DD Sampai kau suruh Raff dtg cc bwk menatang photoshop tu sbb nak edit photo ni, Haha aku gelak jaa. Start dari hari tu, ko da pro da bab edit2 photo ni, dan macam macam benda la kau try edit , and ini la satu satu hasil experiment kau 


Wakaka lawak kan? Kau saja jaa buad Honam nmpk pro dalam photo ni. Tgok tu dea ade wing, aku takde :( Tapi sumpah rindu kau la. Selalunya habis balik hangout jaa kita lepak cc, makan kat kedai Awe. Hmm kau selalu cakap kat aku, " Muhd Ren Muhd Honam "Sbb mane ade honam kat situ ada la aku.

Hmm enta la, ta tahu na cakap camne, dulu asal malam jaa mesti kau call aku, " Der, aku kena pukul, datang cepat der, kaki budak ni! " Patu tiba tiba jaa letak. Erk kacau aku tidur jaa, 
Satu malam tu kau call aku, patu kau cakap, " Der der, ni muhd honam nak nyanyi satu lagu ni. Aku pulak gelak2 and letak. Hehe

Lama tak lepak, satu malam tu, aku, Honam dgn Raff lepak kedai nasi lemak, yg kita pena makan samasama dulu. Kitorang sembang2 la, mane kau? lame tk nmpk? Raff cakap kau kat rumah , busy. Hmm hmmm hmmmmm .

Satu pagi tu, aku dekat sekolah, tiba tiba dapat call dari Meimei , yg kau da " pergi " . Aku gelak, sbb tak mungkin la. Tu mesti senda pagi jaa. Aku msg la Honam, betul ke arwah meninggal? Honam ada class time tu. dea pun tak tahu. Err so honam call Wan, teman serumah Ady, tanya betul ke? Wan cakap betul :( Hmm aku ta tahu apa yg aku rasa macam tu :/ Air mata mengalir, WTF cam ta percaya jaa 

Then aku, Honam, Wan, Zack and Adam pegi la tgok kau kat bilik mayat :( Time kami sampai, seorang pun takde kecuali family kau. Hmm aku ngn honam pun masuk tgok, Sumpah tak percaya yg kau tengah baring dgn berlumuran darah satu badan, Masya-Allah aku tak percaya kau dah pergi Dy :( Walaupun kau depan mata :'( Abis aku tgok kau aku terus lari keluar, aku tak nak menangis dekat situ :(( Hmm time aku kat luar, ramai gila datang. Aku senyum :) Aku tahu kau mmg baik, sbb tu ramai datang :) Hmm habis jaa solat jenazah, Van jenazah pun bertolak ke Terengganu. Aku nmpk ayah kau, sgt sedih :'( Hmm family kau. Enta la aku terdiam ta tahu nak cakap ape time kau da bertolak :( Ape2 pun aku doakan kau selamat dekat sana Dy, halalkan makan minum aku spnjg ngn kau, Alfatihah untuk kau dy :'(



Wednesday, October 6, 2010


Dia nak datang, dia nak datang, dia nak datang, Yess aku buka pintu dia da terpacak depan rumah. Tu bermakna dia dah datang :DD Aku suruk masuk, dia makan, kami lepak, kami sembang, kami sembang, kami lepak, lalu lapar balik, dea suruh aku masak, tapi peti ice kosong, yg ada cuma telur jaa, dea nak makan. dea cakap dea lapa, so kami pergi dapur and masak


Beberapa ketika, telur pun da siap masak, punya lah bajed dea bawak g ruang tamu, -.- telur goreng jaa kodd. huh kami makan, dia suap la patu dea tanya

Honam : Nak lagi tak? Mesti nak kan? sedap betul tak, macam pro masak :)

Dgn penuh bajed dia berkata kata . Dalam hati aku, bagus lah dy pandai masak, nanti kalau kahwin senang la aku :P

Da pukul 6 camtu, dea balik, aku hantar, naik ape? jalan kaki la. heh sepanjang jalan dia sebok ulang ulang cakap bnda ni .

Honam : Haish kalo curang jugak, tatahu la 
Dia gelak2 cakap benda tu , aku pun ulang ulang la
Ren : Haih kalo curang jugak, tatahu la 
Ren : Haih kalo curang jugak, tatahu la
Ren : Haih kalo curang jugak, tatahu la 


Berulang ulang, aku ulang benda tu. haha
Grr ni sume pasal arif, boleh pulak time aku lepak dgn honam dea main call2, tahu la ari ni birthday dia, call free. Tak pasal2 aku kena tuduh curang :( heh anyway, HAPPY BIRTHDAY ARIF! 

Taxi stand pun dah sampai, Honam balik, ye dea mmg da balik, aku sedih, aku sedih, aku rindu :'(

P/s : Haih kalo curang jugak Nam, tatahu la





Ye itu lah Dibi Sierra Armani and inilah Rainne Sierra Armani . Thanks pada sape yg cakap kitorang FAKE . Aah mmg bijak betul la anda sehingga cakap takyah guna otak pun kan, guna mata jaa. Haa so skrg gunakanlah mata pintar anda tu ye untuk menilai siapakah di dalam wc ini. Siapakah gerangan mereka? Adakah kewujudan mereka hanyalah sekadar gimik, rekaan ataupun tahyul semata mata? Haa renung-renungkan :) Semoga tidak lari aqidah dalam segala urusan dunia.

P/S : Alfitnatun Itu Dusya - Fitnah itu dosa tau awak :D


Lihat abg baju putih tuh! beliau amat kacak bila tidur dengan gaya bebas! tak perlu control macho! jadilah siapa diri anda! :-B


...Bergetaran kocek seluarku, mengapakah? Ohh rupanya ada msg dari honam :D 

Honam :  Bf baru awak cina ye? Hmm 

Aku baca and abaikan msg tu. Aku tengah keje ni. Kau pulak msg macam tu. HAIH ! -.-”  Nak balas tanak, tak balas, Kau pikir lain, kalau balas pulak, mesti gaduh. haih balas jela.

Ren : Ape kau ? Sala taip ni . Bf aku kau sorang jela . Erk
Dia balas ” K “


WTF! menyirap nya aku kalo orang balas K jaa. Saja dea tiru aku. Grr and cam biasa la, aku agak da, mesti gaduh! Sape yg mulakan pergaduhan? Ya sudah tentu la Rainne! Hoho o.O then aku tak balas text kau walaupun aku tahu kau merajuk lalu bergaduh lah kita lagi, petang tadi, dan sekali lagi! Yeay! Padahal aku sedih, kau ape tahu? :( Lame gak la aku merajuk, 1/2 jam macam tu. Nak menang ni. Sumpah aku ego :( Sorry Nam. Aku pun message kau

Ren : Alah kau mesti sayang aku kan?
Honam :  Eh macam mane kau tahu?
Ren :  Yela kau tak normal, kau lembab sebab tu lambat faham.
Honam : Ape pulak? Ko perempuan ko la lembab. Lari pun lambat
Ren : Ape kau? Aku minum horlicks la woii !
Honam : Da la, serius la. Penad a main main
Ren :  Yelaa..
Honam : Ko sayang aku ?
Ren : Haih tak faham faham lagi ke? Hmm ren sayang honam la :)
Honam : Knp kau sayang aku?
Ren : Sbb kau pakai spender banyak
Honam : Hmm jangan main2 la
Ren : Aku sayang kau sbb mata aku ni nampak kau jea.
Honam : Hmm iloveyou .
Ren : Iloveyoutoo, wai kau tahu tak tadi saya bergaduh oh
Honam : Dgn cpe ??
Ren : Dgn Honam Si Pandir, dy gi mara dea cepat! dea buli bby :(

Bersambung... 

Sebenarnya kan, aku nak cakap. Aku sayang kaujust because you’re beautiful enough to be owned and to be loved ” tapi aku ego sangat time tuh. So aku ta cakap la :/ Sorry.
Aku sayang kau walaupun aku macam ni :/ Weh ingt kau jangan bagi tahu sape sape yang aku ni romantik tahu!
12.02 am Oct 06 
 lots of love : ren

Tuesday, October 5, 2010

Bye! Nama saya Rain


Hanya ingin di panggil Ren . Merupakan anak kedua dari tiga beradik . Seorang yg tidak sempurna tetapi lengkap dan terancang . Masih bersekolah di tingkatan 4 dan di kelaskan di sebuah petempatan bandar yang kurang padat . Terlalu menggemari muzik dan lagu yang jahat - jahat tetapi kurang mesra pada alam sekitar + haiwan juga tidak menggemari biji - bijirin enak dan juga sangat tidak berminat pada WANITA . Ingin sekali menjalankan kegiatan & perkhidmatan yg menjunamkan ekonomi negara malahan pernah bercita - cita ingin menjadi seorang penjenayah terunggul satu hari nanti seterusnya bakal meningkatkan taraf - taraf hidup rakyat Bangladesh seperti anda sekalian , terima kasih kerana membaca . Salam

                                             *orang beradab, aku beradab 

                                               orang biadap aku redah jaa

                                           

 

Monday, October 4, 2010

 Lempeng, Lempang, Tempeleng

Tahukah anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walau bagaimanapun orang yang kena tempeleng atau lempang masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar dan seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku. :-)

Tuesday, January 5, 2010

Aku datang dari keluarga yang kecil jaa. 3 adik-beradik, tapi bila sesekali berkumpul, dah tentu family aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!

Dalam ramai adik beradik / saudara mara aku, bukan semua yang suka style aku. Walaupun aku cmani, aku pikir jugak cara nak buad pahala selain menambah lagi dosa yg sedia ada. Ye! Mmg aku punya pakaian ta sopan. Tapi sape korg nak judge aku? Urusan aku dgn tuhan kan kan? Hmm apabila aku bawa cara hidup "gaya pulang ke pangkal jalan'" maka adalah yang tak kena sana sini.

Masa makan, aku pun duduklah cara Nabi (rujuk ustaz) lalu ada yang sound;

"Apahal duduk macam nak berlari ajer...."

Aku jawab lah "Tak baik lutut lagi tinggi daripada makanan...."


" Ni duduk ke. nak berak nie?"

Oleh sebab aku beriman, maka aku buat muka seposen. Lalu aku pun basuh tangan.

Nota untuk mua'alaf: Sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua-dua tangan dan berkumur, Insya-Allah jika korang amalkan, sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang-piutang korang. Hutang kereta / rumah/ kahwin / study/ along & yang sewaktu dengannya.

Sambung balik, aku pun berfikir, ada baiknya juga Nabi tak makan guna sudu atau garfu. Kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak orang miskin nak ikut sunnah Nabi. Yalah, nak pakai sudu material apa? Stainless steel ke inconnel 601? Nak pakai colour camne? Matelic ke cooper?

"Allahummabariklana....." (hingga akhir)

Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah jaa

"Bismillah, barkatillah"

Lepas tu makanlah, dengan tiga jari (sunnah Nabi). Kemudian, ada pulak suara-suara aneh yang sound;

"Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari??? "



Aku kata;

"Huh, anak Cina makan dengan dua kayu elok habis nasi satu MANGKUK!"

Tapi oleh kerana aku sorang jer yang makan dengan 3 jari, orang lain makan dengan 5 jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk, diorang lebih laju dan maju. Maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5. Oh! tepuk dada tanya iman!

Kemudian aku minum dari tangan kanan yang tidak berbasuh. Diorang tegur;

"Eessh..pengotor betullah"

Aku kata;

"Apa pulak kotor, aku makan nasi, buka tahi!" Tapi aku kata dalam hati la sebab aku kan beriman.

"Makan ayam sedap sampai ke kaki....Makan sate sedap sampai ke lidi! He! He! Heh!" Balasku.

Banyak pulak diorang komplen cara aku makan eerrrr maksud aku cara Nabi makan. Aku tahu tak berguna berdebat dengan mereka lalu aku ubah topik dengan bertanya;


"Tahukah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?" 
Abang aku kata;

"Sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla..."

Aku kata;

"Salah! Lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar la..." Nyaris nyaris aku dapat pelempang siam dari abg aku sbb tanya soalan yg tade kena mengena lagi.

Kalo korang perasan la kant sini kan, soalan aku pun ta betul. Ape pulak lembu makan rumput? Kambing makan daun kan kan, tapi tgok? Abang aku dgn pantas menjwab tanpa pikir panjang. Wakaka bede -.-
 
Aku menyambung..
"Penting makan cara Nabi sebab kita hari-hari makan. Tapi bila tak ikut sunnah, maka jadilah macam lembu dan kambing makan! Tapi bila kita makan macam Nabi s.a.w, maka itu dikira ibadat. Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yang bagi kenyang. Hakikatnya kenyang datang daripada kudrat Allah."