Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 5, 2010

Aku datang dari keluarga yang kecil jaa. 3 adik-beradik, tapi bila sesekali berkumpul, dah tentu family aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!

Dalam ramai adik beradik / saudara mara aku, bukan semua yang suka style aku. Walaupun aku cmani, aku pikir jugak cara nak buad pahala selain menambah lagi dosa yg sedia ada. Ye! Mmg aku punya pakaian ta sopan. Tapi sape korg nak judge aku? Urusan aku dgn tuhan kan kan? Hmm apabila aku bawa cara hidup "gaya pulang ke pangkal jalan'" maka adalah yang tak kena sana sini.

Masa makan, aku pun duduklah cara Nabi (rujuk ustaz) lalu ada yang sound;

"Apahal duduk macam nak berlari ajer...."

Aku jawab lah "Tak baik lutut lagi tinggi daripada makanan...."


" Ni duduk ke. nak berak nie?"

Oleh sebab aku beriman, maka aku buat muka seposen. Lalu aku pun basuh tangan.

Nota untuk mua'alaf: Sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua-dua tangan dan berkumur, Insya-Allah jika korang amalkan, sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang-piutang korang. Hutang kereta / rumah/ kahwin / study/ along & yang sewaktu dengannya.

Sambung balik, aku pun berfikir, ada baiknya juga Nabi tak makan guna sudu atau garfu. Kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak orang miskin nak ikut sunnah Nabi. Yalah, nak pakai sudu material apa? Stainless steel ke inconnel 601? Nak pakai colour camne? Matelic ke cooper?

"Allahummabariklana....." (hingga akhir)

Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah jaa

"Bismillah, barkatillah"

Lepas tu makanlah, dengan tiga jari (sunnah Nabi). Kemudian, ada pulak suara-suara aneh yang sound;

"Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari??? "



Aku kata;

"Huh, anak Cina makan dengan dua kayu elok habis nasi satu MANGKUK!"

Tapi oleh kerana aku sorang jer yang makan dengan 3 jari, orang lain makan dengan 5 jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk, diorang lebih laju dan maju. Maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5. Oh! tepuk dada tanya iman!

Kemudian aku minum dari tangan kanan yang tidak berbasuh. Diorang tegur;

"Eessh..pengotor betullah"

Aku kata;

"Apa pulak kotor, aku makan nasi, buka tahi!" Tapi aku kata dalam hati la sebab aku kan beriman.

"Makan ayam sedap sampai ke kaki....Makan sate sedap sampai ke lidi! He! He! Heh!" Balasku.

Banyak pulak diorang komplen cara aku makan eerrrr maksud aku cara Nabi makan. Aku tahu tak berguna berdebat dengan mereka lalu aku ubah topik dengan bertanya;


"Tahukah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?" 
Abang aku kata;

"Sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla..."

Aku kata;

"Salah! Lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar la..." Nyaris nyaris aku dapat pelempang siam dari abg aku sbb tanya soalan yg tade kena mengena lagi.

Kalo korang perasan la kant sini kan, soalan aku pun ta betul. Ape pulak lembu makan rumput? Kambing makan daun kan kan, tapi tgok? Abang aku dgn pantas menjwab tanpa pikir panjang. Wakaka bede -.-
 
Aku menyambung..
"Penting makan cara Nabi sebab kita hari-hari makan. Tapi bila tak ikut sunnah, maka jadilah macam lembu dan kambing makan! Tapi bila kita makan macam Nabi s.a.w, maka itu dikira ibadat. Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yang bagi kenyang. Hakikatnya kenyang datang daripada kudrat Allah."